Making QR Code

2 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Julai 2018, satu kelas ICT telah diadakan di Pusat Internet Kota Pekan. Making QR Code adalah aktiviti yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk menghasilkan QR Code. Peserta diajar tentang teori untuk menghasilkan QR Code tersebut secara online. Setiap peserta perlu membawa telefon bimbit untuk mengimbas QR Code tersebut.

Peserta perlu menghasilkan QR Code yang mengandungi soalan. Kemudian peserta lain akan mengimbas Code tersebut dan perlu menjawab soalan yang diberikan. Aktiviti ini memupuk semangat kerjasama antara peserta di samping dapat mempelajari ilmu baru berkaitan QR Code.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali