QR Code Treasure Hunt

2 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

1 Julai 2018, Pusat Internet telah mengadakan aktiviti Treasure Hunt menggunakan QR Code. Aktiviti ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Pusat Internet Kota. Bagi aktiviti ini, peserta diperkenalkan dengan fungsi QR Code dan cara – cara untuk mengimbas QR Code. Kemudian peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan salah seorang daripada ahli kumpulah perlu memuat turun aplikasi “QR Code Reader” di Playstore di dalam telefon bimbit masing – masing.

Terdapat 5 QR Code yang telah disembunyikan di dalam Pusat Internet. Peserta perlu mengimbas code tersebut dan menjawab soalan yang terdapat di dalam QR Code . Masa yang diberikan adalah 5 minit bagi setiap kumpulan. Soalan yang perlu dijawab adalah berkaitan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan dapat mengeratkan ukhwah antara peserta dan staff Pusat Internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali