Jamuan Raya

2 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Julai , Pusat Internet telah mengadakan Jamuan Hari Raya . Jamuan ini melibatkan pengunjung Pusat Internet dan Komuniti setempat. Aktiviti ini diadakan sempena menyambut Bulan Syawal dan memeriahkan lagi suasana di Pusat Internet. Pelbagai juadah dibawa oleh pengunjung dan dikongsi bersama – sama . Aktiviti bersama komuniti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Pusat Internet dengan komuniti setempat. Kebanyakan yang hadir adalah pelajar sekolah rendah dan menengah yang sememangnya selalu menghadiri Kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali