Cupcakes Time !

2 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Jun 2018, Pusat Internet Kota Pekan telah mengadakan kerjasama bersama Tabika Kemas Kota Pekan bagi memenuhi tema pembelajaran kanak-kanak Tabika Kemas . Tema pada kali ini ialah membuat cupcakes. Jadi, sebelum kanak – kanak Tabika Kemas membuat cupcakes sendiri, mereka diberi panduan tentang cara – cara membuat cupcakes melalui tontonan video daripada Youtube.

Aktiviti ini melibatkan semua kanak – kanak dan tenaga pengajar Tabika Kemas Kota Pekan . Selepas aktiviti eLearning ini, mereka akan pulang ke Tabika dan mengaplikasikan tutorial yang mereka tonton untuk membuat cupcakes yang sebenar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali