Quizziz

25 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2018, Pusat Internet Kota Pekan telah mengadakan kelas ICT menggunakan applikasi Quizziz. Kelas ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Untuk kelas kali ini, pelajar perlu mencipta sendiri quizziz mereka sendiri. Mereka diberi pendedahan untuk menghasilkan soalan sendiri yang sesuai untuk digunakan dalam applikasi tersebut.

Kelas ini mempunyai 3 peringkat. Untuk peringkat pertama, pelajar diberi pendedahan secara teori dan hanya melihat tutorial yang diberikan oleh Staff Pusat Internet. Kemudian , pada peringkat kedua, pelajar dikehendaki menghasilkan sendiri Kuiz menggunakan aplikasi tersebut. Peringkat terakhir, pelajar perlu menjawab soalan quizziz yang dihasilkan oleh rakan-rakan mereka. Melalui Kelas ini, pelajar dapat mengasah kemahiran berfikir mereka untuk menghasilkan soalan di samping belajar tentang aplikasi Quizziz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali