Jom Raya

4 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2018 yang lalu, Pusat Internet telah mengadakan aktiviti sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya yang akan tiba. Aktiviti ini melibatkan para pelajar yang tinggal berdekatan Pusat Internet dan komuniti setempat.

Antara aktiviti yang diadakan ialah menganyam ketupat , membuat sampul raya dan menghias pusat internet. Sebelum melakukan aktiviti tersebut secara praktikal, para peserta menonton video tutorial dahulu melalui laman Youtube. Kemudian, mereka bersama – sama menganyam ketupat dan membuat sampul raya berdasarkan video yang ditonton. Selepas itu, ketupat yang dianyam dan sampul raya yang dihasilkan digunakan untuk dihias di dalam Pusat Internet.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengasah kreativiti peserta malah dapat mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat dengan pengurusan Pusat Internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali