Taklimat Advokasi SMA Rantau

16 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober yang lalu, Pusat Internet Kota Pekan bekerjasama bersama Pusat Internet Pasoh 3 telah menjalankan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak di Sekolah Menengah Agama Rantau bagi pelajar tingkatan 3. Taklimat ini bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 tengahari dan berlangsung di bilik ICT, SMA Rantau.

Tujuan taklimat ini diberikan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai inisiatif yang dijalankan oleh MCMC iaitu mengenai program Klik Dengan Bijak. Peserta diperkenalkan dengan Check Your Label yang membantu peserta mengetahui cara untuk memeriksa peranti elektronik yang digunakan mempunyai label yang disahkan oleh MCMC ataupun tidak. Selain itu peserta juga diingatkan untuk tidak menyebarkan dan menyampaikan maklumat palsu dan mengetahui tanggungjawab sebagai pengguna media sosial yang betul. Program tamat dengan sesi fotografi dan penyampaian cenderahati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali