eKelas Form 1 – 3, Bahasa Inggeris

28 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2018, PI1M Kota Pekan telah mengadakan sesi percubaan bagi “Live Tutorial” Portal eKelas Maxis. “Live Tutorial” merupakan sesi pembelajaran secara interaktif bersama guru berpengalaman di alam maya . Para pelajar boleh berinteraksi dengan guru tersebut secara live sambil belajar. Jadual Kelas adalah seperti berikut :

MASA SUBJEK TINGKATAN
3.00 ptg Bahasa Inggeris 1
4.00 ptg >
5.00 ptg 3

Setiap sesi mengambil masa 1 jam. Kelas ini mendapat respon positif dari para pelajar dan mereka menunjukkan minat untuk belajar .Pelajar perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di dalam portal tersebut dan akan mendapat markah dalam bentuk “point” yang akan dikreditkan dalam akaun Portal eKelas mereka. Kami berharap “Live Tutorial” eKelas ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali