Introduction to CMS and Social Media

16 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2018 , Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas mengenai Portal CMS dan Media Sosial. Portal CMS ini memudahkan pengunjung dan pelajar untuk mengetahui sekiranya terdapat sebarang kelas yang dijalankan di Pusat Internet . Peserta boleh “apply” untuk kelas yang mahu disertai lebih awal melalui Portal tersebut supaya mereka tidak ketinggalan. Selain itu , mereka juga boleh melihat semua transaksi yang pernah dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia.

Peserta turut diberi pendedahan tentang penggunaan media sosial dengan bijak seperti laman Facebook. Setiap peserta digalakkan untuk mengikuti laman Facebook Pusat Internet 1 Malaysia Kota Pekan bagi mengetahui tentang setiap aktiviti yang diadakan di PI1M. Kelas ini berlansung selama 2 jam dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Sasaran kelas ini adalah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dan juga komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali