Kelas Asas Komputer

08 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mei 2018, Kelas Asas Komputer telah dijalankan di PI1M Kota Pekan . Terdapat 3 modul yang diajar dalam Kelas ini iaitu Kelas Asas Komputer , Kelas Asas Microsoft Word dan Kelas Asas Penggunaan Internet. Peserta adalah dalam kalangan orang dewasa yang tinggal di sekitar Kota. Kelas ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari.

Pengisian di dalam kelas ini ialah menerangkan tentang komponen asas komputer dan fungsinya . Bagi Kelas Microsoft Word, peserta diberi masa untuk menaip dan kemudiannya akan diajar untuk menggunakan tools yang ada di dalam Microsoft Word. Bagi Kelas Asas Penggunaan Internet, Peserta diajar untuk membuka akaun Gmail dan kemudiannya mendaftar akaun bagi laman web Mudah.My dan Facebook. Peserta adalah di kalangan suri rumah dan tidak bekerja. Jadi platform ICT ini dipelajari untuk memudahkan mereka mencari kerja pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali