Kelas Usahawan Microsoft Office

23 April 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas bersama Usahawan telah dijalankan di PI1M Kota Pekan pada 22 April 2018. Usahawan tersebut ialah Puan Azmiah binti Ismail . Beliau merupakan usahawan baru bagi PI1M Kota Pekan. Puan Azmiah datang ke PI1M untuk membuat Profil Perniagaan beliau sambil dibantu oleh staff PI1M.

Beliau mengusahakan perniagaan makanan seperti kuih muih dan manisan . Antara jualan beliau yang paling mendapat sambutan ialah makanan sejuk beku seperti donut . Beliau turut membuat penghantaran bagi kawasan kota, rembau dan sekitarnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali