Learning with Kids (Occupation)

09 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

8 Oktober 2018 , Pusat Internet Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan. Tema pada kali ini ialah pekerjaan . Pelajar diperkenalkan dengan pekerjaan – pekerjaan yang terdapat di Malaysia terutamanya pekerjaan daripada Badan Beruniform seperti Polis , Bomba , Doktor dan Juruterbang.

Kaedah eLearning digunakan di mana para pelajar menonton video dan gambar berkenaan dengan topik yang berkaitan. Penerangan akan diberikan oleh Staff Pusat Internet dan aktiviti kuiz dan perkongsian maklumat diadakan pada akhir sesi pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali