Hari Terbuka PI1M Kota Pekan 2018

06 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan Hari Terbuka pada 5 Mei 2018 yang lalu . Program ini merupakan program tahunan bagi merapatkan jurang antara PI1M Kota Pekan dengan komuniti setempat . Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan merangkumi golongan kanak – kanak , remaja dan dewasa. Hari Terbuka ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Taklimat Klik Dengan Bijak , KDB Quizziz , KDB Explorace , Collage Challenge dan Musang Berjanggut . Program ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada komuniti setempat . Di samping itu , Komuniti akan lebih mengenali PI1M peranannya . Pendaftaran Ahli secara percuma turut disediakan pada hari tersebut. Jualan Usahawan oleh Usahawan PI1M Kota Pekan turut diadakan . Pada akhir majlis, cabutan bertuah diadakan bagi menghargai pengunjung yang sudi hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali