eRezeki dan eUsahawan

14 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober yang lalu, Pusat Internet Kota Pekan telah bekerjasama bersama Pusat Internet Desa Kota untuk menjalankan kelas eRezeki dan eUsahawan yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari. Kelas ini berlangsung di Bilik Training Pusat Internet Kota Pekan dan dihadiri seramai 10 orang usahawan sekitar Rembau dan Tampin.

Kelas ini bertujuan untuk membantu usahawan menjana pendapatan sampingan melalui eRezeki. Para peserta diperkenalkan dengan platform eRezeki dan cara untuk menjana pendapatan melalui eRezeki. Selain itu, kelas eUsahawan dapat membantu peserta menghasilkan flyers, bunting, banner dan kad perniagaan sendiri sekaligus dapat menjimatkan kos mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali