Taklimat Advokasi Penggunaan Media Sosial Secara Berhemah di SK Undang Rembau

03 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober 2018, Pusat Internet Kota Pekan , Btg Melaka dan Linggi telah bekerjasama untuk mengadakan taklimat advokasi berkaitan Penggunaan Media Sosial secara Berhemah di SK Undang Rembau. Program ini melibatkan 196 pelajar tahun 4 , 5 dan 6 . Antara pengisian yang diberikan ialah Pengenalan Media Sosial, Fungsi Media Sosial dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan menggunakan Media Sosial. Aktiviti berkumpulan dan Kuiz turut diselitkan di dalam taklimat ini untuk menjadikan taklimat ini lebih interaktif dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali