Interactive Learning Hari-Hari Istimewa

11 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mei 2019, Pusat Internet telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan untuk menjalankan aktiviti Interactive Learning untuk kanak-kanak. Aktiviti kali ini bertemakan Hari-Hari Istimewa di Malaysia seperti Hari Ibu, Hari Guru, Hari Bapa dan Hari Raya. Kanak-kanak Tabika Kemas diterang secara interaktif mengenai Hari-Hari Istimewa tersebut. Bahan pengajaran yang digunakan ialah Powerpoint dan Video di Youtube. Pembelajaran ini diadakan secara interaktif dan melibatkan komunikasi 2 hala antara kanak-kanak dan staff Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali