DIY Bookmark

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah menjalankan kelas DIY Bookmark. Kelas ini khusus untuk para pelajar sekolah rendah sekitar Kota Pekan. Tujuan kelas ini adalah untuk mencungkil dan meningkatkan kreativiti para peserta. Selain itu ia dapat memupuk minat membaca dalam kalangan peserta. Melalui kelas ini, peserta diajar cara untuk menghasilkan penanda buku yang cantik. Kemudian peserta perlu menghasilkan sendiri penanda buku masing – masing berpandukan maklumat yang merka peroleh daripada internet. Peserta turut dibimbing oleh Staff PI Kota Pekan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali