Live Tutorial eKelas Matematik dan Sains Tahun 6

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

13 July 2019 , telah berlansung sesi Live Tutorial eKelas bagi subjek Matematik dan Sains untuk Tahun 6. Untuk sesi Matematik, topik yang dipelajari ialah Nisbah. Guru menerangkan cara-cara untuk mengira dan menulis nisbah. Selepas sesi soal jawab, pelajar perlu merekodkan nisbah seperti yang disenaraikan oleh Guru dan menulisnya di atas Kertas Mahjong. Sesi secara praktikal ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

Untuk subjek Sains pula, para pelajar mempelajari tentang topik makanan . Guru mengajar cara untuk mengenalpasti makanan yang telah rosak melalui ciri-ciri yang terdapat pada makanan tersebut. Untuk sesi praktikal, pelajar perlu menghasilkan peta minda yang menarik berkenaan topik ciri-ciri kerosakan makanan.

Kesemua tugasan tersebut perlu dimuatnaik di dalam Portal eKelas untuk dinilai oleh guru. Pelajar turut berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan Pusat Internet lain secara live.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali