Live Tutorial eKelas Matematik dan Sains Tahun 6

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

4 Mei 2019 , Pusat Internet Kota Pekan telah mengikuti Live Tutorial eKelas bagi subjek Sains dan Matematik. Bagi subjek Sains, pelajar diberi tugasan untuk melukis sebuah kenderaan dan melabelkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuar kenderaan tersebut seperti getah dan kaca.

Bagi subjek Matematik, topik yang dipelajari ialah Ruang. Pelajar perlu menghasilkan pelan sebuah rumah idaman di atas kertas A4 . Pelajar perlu menyatakan perimeter dan luas rumah tersebut. Aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya fikir para pelajar.

Kesemua tugasan tersebut perlu dimuatnaik di dalam Portal eKelas untuk dinilai oleh guru. Pelajar turut berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan Pusat Internet lain secara live.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali