Kelas Usahawan Membuat Logo

7 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2019, staff Pusat Internet Kota Pekan telah membantu seorang usahawan kecil untuk menghasilkan logo bagi produk beliau. Puan Roshidah merupakan usahawan yang baru sahaja melibatkan diri dengan Pusat Internet. Pada sesi kali ini, Puan Roshidah dibantu untuk menghasilkan logo bagi produk makanan yang dihasilkan. Penghasilan logo adalah menggunakan laman web Canva. Produk makanan yang dihasilkan ialah Kuih Ros Madu. Melalui kelas ini, logo yang menarik dapat dihasilkan dan digunakan untuk mempromosikan produk beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali