Mengenal Anggota Badan

25 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

24 Januari 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan untuk menjalankan aktiviti interaktif bersama kanak-kanak Tabika Kemas . Aktiviti ini dijalankan berdasarkan tema pembelajaran mingguan Tabika Kemas . Tema bagi sesi kali ini ialah Anggota Badan . Staff PI Kota Pekan telah membuat tayangan video bagi menarik perhatian para peserta.

Kemudian kesemua peserta, sama-sama menari mengikut lagu dan video yang ditayangkan. Selepas itu, bagi menguji kefahaman peserta, mereka diberikan tugasan untuk memadankan gambar mengikut anggota badan yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali