Live Tutorial eKelas Matematik dan Sains Tahun 6

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

20 April 2019 , Pusat Internet Kota Pekan telah mengikuti Live Tutorial eKelas bagi subjek Sains dan Matematik. Bagi subjek Sains, peserta mempelajari tentang planet dan alam semesta. Pelajar mempelajari tentang ciri-ciri yang ada di setiap planet di dalam galaksi dan susunannya. Pelajar turut berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan Pusat Internet lain secara live.

Di akhir sesi, pelajar diberi tugasan untuk membuat satu senarai yang mempunyai semua nama planet serta ciri-cirinya. Tugasan tersebut perlu dimuatnaik di dalam Portal eKelas untuk dinilai oleh guru. Bagi subjek Matematik, pelajar mengulangkaji pelajaran dan bersama-sama menjawab soalan yang diberikan oleh guru, Di akhir sesi, pelajar perlu membuat pecahan berkenaan jumlah pelajar yang ada di dalam sesi Live Tutorial Pusat Internet masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali