Live Tutorial eKelas Matematik dan Sains Tahun 6

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

15 Jun 2019 , Pusat Internet Kota Pekan telah mengikuti Live Tutorial eKelas bagi subjek Sains dan Matematik. Bagi subjek Sains, pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan model tuas menggunakan tanah liat. Sebelum itu, pelajar mempelajari topis tuas secara teori bersama guru secara live.

Bagi subjek Matematik, pelajar perlu menghasilkan neraca jisim menggunakan belon , tanah liat , lidi dan benang. Pelajar telah diberi tunjuk ajar oleh guru tentang topik jisim dan sesi praktikal ini membantu mereka memahami dengan lebih mendalam. Kesemua tugasan tersebut perlu dimuatnaik di dalam Portal eKelas untuk dinilai oleh guru. Pelajar turut berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan Pusat Internet lain secara live.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali