Interactive Learning Hari Malaysia

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS Kota Pekan untuk mengadakan sesi pembelajaran interaktif bertemakan Hari Malaysia. Kanak – kanak diterangkan mengenai perbezaan hari kemerdekaan dan hari Malaysia. Selepas itu, mereka diperkenalkan dengan bendera setiap negeri dan diminta untuk mengingati kesemua bendera untuk sesi soal jawab. Kanak-kanak turut menonton dan menyanyikan bersama lagu-lagu patriotik yang dipaparkan di skrin projector. Akhir sekali, peserta dikehendaki mewarna sebuah lukisan yang bertemakan Hari Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali