English is Fun

24 April 2019 | Aktiviti Terkini

23 April 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah menjalinkan kerjasama bersama seluruh Tabika Kemas Daerah Rembau untuk program English is Fun. Program ini melibatkan kesemua kanak-kanak Tabika Kemas dan guru di sekitar Rembau. Program ini berlansung di Balairaya Kota Pekan dan Pusat Internet Kota Pekan. Antara pengisian program ini ialah pembelajaran Bahasa Inggeris bertema.

Kanak – kanak diajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan asas harian mereka . Selain itu, tayangan video Bahasa Inggeris turut diadakan di Pusat Internet. Melalui video ini, kanak-kanak dapat mengikut perbuatan dan nyanyian Bahasa Inggeris di dalam video tersebut. Melalui aktiviti sebegini, dapat mengukuhkan lagi hubungan antara Pusat Internet dan agensi luar di samping dapat memberi input yang berguna kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali