Fun Typing Class

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah mengadakan aktiviti “Fun Typing Class” . Aktiviti kali ini membantu para peserta untuk menaip dengan cara yang betul dan tepat. Para peserta adalah terdiri daripada golongan pelajar sekolah rendah. Untuk sesi pertama , peserta perlu menaip seperti menggunakan Microsoft Word terlebih dahulu. Kemudian, tahap kepantasan dan ketepatan menaip peserta diuji menggunakan laman web typing test. Melalui kelas ini peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer terutamanya kemahiran menaip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali