Celik ICT (HRMIS)

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

19 Januari 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah membantu seorang jururawat dengan mengadakan satu kelas ICT untuk beliau . Kelas tersebut adalah berkaitan dengan sistem HRMIS. Staff PI Kota Pekan telah memberi tunjuk ajar untuk beliau mahir menggunakan sistem tersebut memandangkan beliau sendiri bekerja di dalam sektor kerajaan.

Melalui sistem tersebut, beliau mempelajari cara untuk memohon cuti , memuat naik kpi tahunan dan pelbagai lagi maklumat berkaitan organisasi beliau. Selepas kelas ini dijalankan, beliau sudah mula mahir menggunakan HRMIS dan sudah boleh melakukan segala urusan yang memerlukan penggunaan HRMIS tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali