Interactive Learning Hari Raya 2.0

24 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mei 2019, Pusat Internet telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan untuk menjalankan aktiviti Interactive Learning untuk kanak-kanak. Aktiviti kali ini bertemakan Hari-Hari Raya . Ia adalah kesinambungan daripada aktiviti interactive learning sebelum ini. Pada sesi kali ini, sesi soal jawab dan penerangan yang lebih banyak tentang Hari Raya telah dilakukan. Tayangan video dan lagu raya turut diselitkan untuk mereka. Di akhir aktiviti, kanak-kanak Tabika Kemas Kota Pekan perlu mewarna gambar yang telah dicetak bertemakan Hari Raya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali