Kahoot KDB

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2019, PI Kota Pekan telah mengadakan aktiviti Permainan Interaktif Kahoot. Ia diadakan bertemakan Klik Dengan Bijak. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kefahaman para peserta tentang penggunaan internet dengan bijak. Peserta yang terlibat merupakan pengunjung tetap PI Kota Pekan dan sudah biasa menggunakan perkhidmatan serta mengikuti Kelas di Pusat Internet. Aktiviti permainan interaktif ini dapat membantu mereka mengingati semula apa yang pernah dipelajari tentang Klik Dengan Bijak sepanjang mengikuti kelas di Pusat Internet.

Aktiviti seumpama ini dapat menggalakkan pelajar untuk ambil tahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila menggunakan internet. Selain itu, mereka dapat bersaing untuk mendapatkan point tertinggi di mana ia dapat mempengaruhi motivasi mereka untuk lebih cakna tentang kempen Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali