Kelas Power Point dan Pembentangan (Deepavali)

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

18 Oktober 2019, Kelas Power Point dan Pembentangan bertemakan perayaan Deepavali telah dijalankan di Pusat Internet Kota Pekan. Kelas ini bertujuan untuk mengulangkaji penggunaan Ms Power Point yang pernah dipelajari sebelum ini. Selain itu, peserta turut dapat mengenali dan mempelajari adat dan budaya masyarakat India terutama ketika perayaan Deepavali.

Selepas kesemua peserta menyiapkan slide menggunakan Ms Power Point , mereka dikehendaki membentangkan dan berkongsi pengetahuan mereka mengenai Deepavali kepada rakan-rakan lain. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memahirkan pelajar menggunakan Ms Power Point malah dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali