Booth Advokasi sempena Sambutan Kemerdekaan MPKK Btg Melaka

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019, Pusat Internet Kota Pekan dan Pusat Internet Btg Melaka telah dijemput untuk mengadakan Booth Advokasi sempena Sambutan Kemerdekaan anjuran MPKK Btg Melaka. Program ini melibatkan semua komuniti Batang Melaka dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Pelbagai aktiviti termasuk sukaneka diadakan pada program ini.

Booth Pusat Internet menyediakan sudut maklumat berkaitan keselamatan penggunaan internet dan menghebahkan kempen Klik Dengan Bijak. Pelbagai informasi boleh didapati termasuklah tentang siaran TV digital Myfreeview. Kuiz turut diadakan untuk menguji kefahaman pengunjung tentang penggunaan internet dengan bijak. Aktiviti seperti ini dapat memperkenalkan Pusat Internet kepada masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali