Sambutan Kemerdekaan 2019

30 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Sri Kendong, Tabika Kemas Kota Pekan , Tabika Kemas Sri Kendong, Tabika Kemas Btg Nyamor dan Tabika Kemas Kg Batu untuk mengadakan Sambutan Kemerdekaan 2019. Program ini melibatkan semua pelajar 4 tabika tersebut. Aktiviti dimulakan dengan berkumpul di Tabika Kemas Kota Pekan. Para peserta kemudiannya menyanyikan lagu negaraku , lagu kebesaran negeri Sembilan dan lagu patriotik. Perarakan turut diadakan daripada Tabika Kemas Kota Pekan ke Pusat Internet Kota Pekan.

Pelajar yang menyertai pertandingan pakaian bertema kemerdekaan perlu memperagakan pakaian mereka . Seterusnya, aktiviti kolaj merdeka diadakan. Semua peserta perlu menyiapkan kolaj merdeka dalam masa yang ditetapkan. Program ini turut disertai ibu bapa , pengerusi tabika dan guru-guru daripada tabika tersebut. Aktiviti ini dapat meningkatkan semangat patriotik dan ukhwah di kalangan komuniti setempat dan tabika kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali