Kelas Ms Word (Tokoh) 2.0

4 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2019, telah berlansung Kelas Microsoft Word 2.0 bertemakan Tokoh Kemerdekaan di Pusat Internet Kota Pekan. Kelas ini adalah kesinambungan daripada kelas pertama yang pernah dijalankan pada bulan Ogos. Peserta adalah di kalangan pelajar sekolah rendah di sekitar Kota. Peserta diajar menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan folio kemerdekaan.

Peserta perlu mencari maklumat berkaitan tokoh yang mereka pilih dan kemudiannya menyusun maklumat tersebut beserta gambar di dalam Microsoft Word. Aktiviti ini membantu pelajar memahirkan diri menggunakan Microsoft Word di samping menambah pengetahuan tentang tokoh di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali