Misi Digital eKelas Raya 2.0

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

18 Mei 2019, Pusat Internet Kota Pekan telah bersama-sama dengan pelajar eKelas Maxis untuk melaksanakan Misi Digital eKelas Raya bagi sesi yang kedua. Pada sesi kali ini, para peserta dikehendaki merealisasikan lakaram raya mereka ketika sesi pertama sebelum ini. Mereka perlu memilih satu sudut di dalam Pusat Internet dan menghias sudut tersebut bertemakan Hari Raya.

Hiasan perlu menggunakan peralatan dan barang yang sedia ada di dalam Pusat Internet. Aktiviti ini dapat mencungkil kreativiti para pelajar di samping memupuk sikap kerjasama di antara mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali