Keusahawanan

Pengusaha dan Pembekal Rempeyek

Rempeyek Sally yang diusahakan sejak tahun 2008 oleh Puan Salmah Binti Hamid ini semakin mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan sekitar Rembau dan Seremban. Sekali tempahan kadang-kala boleh mencapai sehingga 30 kilogram dalam masa satu hari. Rempeyek yang dihasilkan merupakan resepi turun temurun dan tanpa bahan pengawet. Pengusahaan beliau turut mendapat kelulusan daripada Risda. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 017 381 0863


Taska Dzul Annasya Islamic School

Perasaan sayang dan ambil berat terhadap kanak-kanak merupakan sumber inspirasi utama kepada Cik Nur Fadhilah Binti Abdullah menubuhkan Taska Dzul Annasya Islamic School. Mula diusahakan sejak dari akhir tahun 2015 lagi, beliau kini telah menerima sekurang-kurangnya 20 orang kanak-kanak dibawah jagaan tiga orang guru taska yang terlatih. Usia kanak-kanak yang diasuh di Taska Dzul Annasya ini adalah dalam lingkungan tiga bulan hingga empat tahun. Taska ini menyediakan khidmat pendidikan awal kanak-kanak yang mengesyorkan dwi Bahasa iaitu Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Kanak-kanak seusia awal dua tahun turut diajar tentang pengiraan nombor dan juga pengenalan haiwan bagi mendedahkan mereka kepada ilmu asas matematik dan sains. Untuk sebarang maklumat lanjut, beliau boleh dihubungi di talian 011 1073 6960.


Penduduk Kota Pekan kebanyakannya melibatkan diri dalam bidang pertanian

Ladang Nenas Kota

Kebun Pisang Kota

Ladang Cili Kota


Peniaga Makanan Sejuk Beku

Rohaida Binti Ismail merupakan seorang pengusaha makanan sejuk beku seperti karipap, roti canai dan roti bom yang dipasarkan ke sekitar kedai di Kota Pekan. Ibu kepada dua orang anak ini mula menceburi bidang makanan sejuk beku ini sejak tahun 2015. Makanan sejuk beku yang dihasilkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat malahan daripada penduduk di sekitar Rembau. Inti karipap yang sedap serta roti canai yang rangup dan lembut membuatkan pelanggan sering membeli dan terdapat juga pelanggan yang membeli secara borong untuk sebarang majlis. Perniagaan yang diusahakan bersama suaminya ini, mula mendapat nama di sekitar Rembau. Untuk sebarang tempahan boleh menghubungi beliau di talian 012-2146384.


Peniaga Barangan Kosmetik

Minat yang mendalam terhadap kecantikan menimbulkan buah fikiran kepada Puan Ramizah untuk berkongsi minatnya terhadap barangan kosmetik kepada orang ramai. Puan Romizah atau lebih dikenali dengan nama Puan Mizah mengusahakan perniagaan barangan kosmetik sejak tahun 2014. Barangan berjenama seperti Colourpop, Clio Peripera, Urban Decay, BH Cosmetics dan Revolution London merupakan antara barangan yang dijual oleh beliau dan merupakan barangan yang paling laris. Remaja dan para ibu merupakan pelanggan tetap yang sering membeli dengannya. Sikap yang ramah dan suka berkongsi tips kecantikan menyebabkan para pelanggan gemar membeli dengannya. Puan Ramizah juga membekalkan barangan yang original kepada para pelanggannya. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi beliau di talian 017-2593625.


Penternak dan Pengusaha Kambing Licin

Encik Abu Samah Bin Kanchil merupakan usahawan kampung yang mengusahakan perniagaan kambing licin. Bapa kepada 4 orang anak ini pada mulanya mengusahakn kambing licin kerana minat. Namun, sejak tahun 2015, kambing licin yang dipeliharanya mula membiak dari sehari ke sehari. Sehingga kini, kambing licin yang dipeliharanya telah mencecah sebanyak 20 ekor. Kambing licin yang diusahakan beliau menerima permintaan yang tinggi terutamanya pada Hari Raya Korban, Majlis Aqiqah dan juga Majlis Perkahwinan sekitar Rembau dan Seremban. Terdapat juga pelanggan yang membeli kambing peliharaan untuk dijadikan baka. Kambing miliknya dijaga rapi dan mendapatkan vaksin setiap bulan untuk memastikan kambingnya sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit. Untuk sebarang tempahan bagi sebarang majlis, boleh menelefon beliau di talian 019-6641018.


Produk Wawawax

Noor Fatin binti Kamarudin merupakan seorang pelajar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET) kampus Alor Gajah. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian bagi menampung serba sedikit kos perbelanjaan di Universiti. Walaupun sedang belajar, beliau aktif mempromosikan produk yang dijual kepada rakan – rakan dan secara online. Beliau merupakan agent kepada produk wawawax dan turut membantu usahawan lain yang baru hendak berjinak dalam dunia perniagaan.


Jamu Kunyit Asam dan Makjun Manjakani

Cik Nurul Hidayu atau senang dipanggil Ayu merupakan seorang pengusaha Jamu Kunyit Asam dan Makjun Manjakani. Minat beliau dalam bidang kecantikan menimbulkan idea untuk beliau berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan beliau bersama orang lain. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. Beliau seorang yang sangat gemar dengan jamu tradisi nenek moyang kerana bagi beliau jamu yang digunakan tidak berbahaya dan sangat bagus untuk kesihatan.

Sebelum penglibatan dengan PI, perniagaan yang dilakukan hanya tertumpu melalui Facebook sahaja. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh staff Pusat Internet 1 Malaysia Kota Pekan, beliau kini telah berjaya meluaskan perniagaan beliau melalui penglibatan beliau di dalam portal Agro Bazaar Online yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


D’bunga Kitchen

Pn Hasdaliaty atau mesra disapa Kak Dahlia merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Beliau telah pun berjinak dengan perniagaan produk makanan dan catering sejak beberapa tahun lepas. Pada tahun 2017, beliau telah mengorak selangkah lagi dengan membuka kedai makan (D’bunga Kitchen) yang menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari, Beliau baru sahaja terlibat sebagai usahawan PI. Premis perniagaan beliau terletak di Bongek. Sebarang tempahan untuk jamuan atau acara boleh hubungi beliau di 011-11752577


Cheese tart dan manisan

Puan Mas Rahayu merupakan ibu kepada empat orang anak yang berniaga secara kecil – kecilan bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya . Beliau tidak mempunyai kedai sebaliknya hanya berniaga secara online dari rumah. Beliau menjual produk makanan dan kuih – muih seperti cheestart, tart nenas, kek coklat dan biskut kelapa. Beliau turut menerima tempahan bagi sebarang majlis atau hari perayaan. Puan Mas Rahayu atau mesra disapa Kak Ayu, sangat aktif dalam perniagaan dan giat mencari sebarang peluang sebagai platform untuk memajukan perniagaannya.

Beliau mempunyai kekangan masa untuk hadir dan menjalani latihan usahawan secara kerap di PI, namun latihan diberikan melalui atas talian menggunakan email dan whatsapp. Staff PI turut membantu beliau untuk membuka booth jualan pada majlis – majlis yang dianjurkan oleh PI Kota Pekan. Selain itu beliau turut dibantu dari segi mendapatkan bantuan-bantuan lain yang memerlukan permohonan untuk dilakukan secara online.


Dzarina Nursery

Puan Zarina binti Zaini merupakan seorang usahawan yang telah mula berniaga sejak 2005. Beliau mempunyai premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa pada awalnya. Bagi menjana pendapatan sampingan dan minat yang tinggi terhadap tumbuh-tumbuhan , beliau mula mengorak langkah sebagai peniaga secara kecil-kecilan. Selain menjual barangan seperti pasu, pokok dan baja, beliau turut menyediakan perkhidmatan untuk menanam bunga untuk memudahkan para pelanggan.


Tempat Rekreasi dan Pelancongan

Encik Abdul Razak Bin Mohd merupakan seorang tenaga pengajar di Akademi Laut Malaysia dan sangat berpengalaman dalam dunia Marine. Minatnya terhadap dunia Marine menimbulkan buah fikiran untuk membuat satu tempat rekreasi yang bertemakan Marine. Tanah miliknya digunakan untuk membuat kolam mandi yang punca utamanya daripada air gunung. Kolam mandi yang diberi nama Kolam Marine Arm ini dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 7 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Encik Abdul Razak juga menyediakan kemudahan seperti tandas, surau dan hotel untuk disewa. Kolam miliknya amat sesuai untuk Family Day dan untuk keluarga yang ingin bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Abdul Razak di talian 019-6569244.


Peniaga Kelapa (Buah Dan Anak Pokok)

Tuan Haji Jahaya merupakan pengerusi JKKK Kota Pekan dan sangat berpengaruh di kawasan Kota Pekan. Minatnya dalam bidang perniagaan membuatkan beliau menceburkan diri dalam perniagaan kelapa. Beliau mempunyai sebanyak lebih kurang 250 pokok kelapa yang terdiri daripada kelapa matag dan pandan. Pokok kelapa matag amat sesuai untuk masakan manakala pokok kelapa pandan amat sesuai untuk minuman kerana airnya yang lebih manis.

Beliau menjual kelapa milik beliau kepada penduduk sekitar yang berharga RM 2 sebiji bagi kelapa mataq dan RM 1.50 sebiji bagi kelapa pandan. Beliau juga ada menjual anak pokok bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Sikap Tuan Haji Jahaya yang sangat berdedikasi dan ramah menyebabkan pelanggan senang berurusan dengan beliau. Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi Tuan Haji Jahaya di talian 019-2653937.


Mengambil upah kerja pembersihan.

Muhd Nizam merupakan salah seorang belia di daerah Rembau yang sangat rajin berusaha mencari rezeki bagi membantu keluarganya dan menampung perbelanjaan seharian . Pada waktu lapang, beliau akan mengambil upah membersihkan kawasan – kawasan rumah atau premis perniagaan. Beliau juga sering mengambil upah memotong rumput di sekitar kawasan Pusat Internet Kota. Hasil kerja yang memuaskan membuatkan beliau sering mendapat permintaan untuk menjalankan perkhidmatan pembersihan di sekitar kawasan Kota Pekan.


Jamu Solek Lawa

Hani Suhaili merupakan seorang Graduan lepasan Universiti Awam dalam bidang Kimia. Selepas habis belajar , beliau mempunyai banyak masa terluang di rumah. Beliau masih menunggu tawaran kerja dan masih lagi dalam proses untuk memohon pekerjaan. Oleh itu, beliau mengambil kesempatan yang ada untuk berniaga secara dalam talian secara kecil – kecilan di rumah. Beliau merupakan salah seorang agen kepada Produk Jamu Solek Lawa. Jamu sememangnya sinonim dengan wanita bagi menjaga kesihatan dan kecantikan . Terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada mengamalkan Jamu yang betul. Oleh itu, Hani telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan produk Jamu kepada komuniti setempat disamping beliau sendiri mengamalkan Jamu tersebut dan mendapat hasil yang positif.


Mawar Merah – Kuih Muih dan Manisan

Puan Azmiah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi memenuhi masa lapang, beliau mula mengusahakan perniagaan makanan dan manisan secara kecil – kecilan. Hasil usaha dan kegigihan beliau, Puan Azmiah sudah mula dikenali di sekitar Rembau. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin dan komited dengan kerja yang dilakukan. Beliau turut mendapat sumbangan alatan dan mesin membuat kuih daripada pihak luar. Produk makanan yang dihasilkan sememangnya menepati citarasa komuniti sekitar Kota dan Rembau. Antara produk makanan yang dihasilkan ialah Donut pelbagai perisa , Cheesy Ball , Kuih Muih Tradisional dan Kuih Raya. Sekarang Puan Azmiah telah pun mendaftar perniagaannya dengan nama syarikat Mawar Merah Frozen Food (NS0191388-W) .


Mahkota Dewa

Encik Haji Md Isa merupakan seorang imam di kawasan sekitar Kota Pekan. Sifatnya yang ramah dan ceria menyebabkan beliau mudah didekati. Beliau sangat aktif dengan aktiviti di surau dan masjid di kawasan ini. Sejak mula mengikuti kelas di Pusat Internet, beliau mula tertarik untuk cuba berniaga secara online. Produk yang ingin digunakan juga merupakan produk yang diproses sendiri di rumah (Homemade) iaitu Buah Mahkota Dewa. Memandangkan beliau gemar bercucuk tanam , beliau mengambil inisiatif untuk menanam pokok Mahkota Dewa yang sememangnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan diri.

Antara manfaatnya ialah boleh membantu mengurangkan penyakit Hipertensi dan Diabetis . Buah mahkota dewa yang telah masak dibersihkan , dipotong dan dikeringkan bagi tujuan penyediaan tradisional sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Pada mulanya , Hj Isa hanya menyediakan buah ini untuk kegunaan sendiri . Tetapi atas semangat untuk berkongsi manfaat dengan penduduk setempat, beliau mengambil inisiatif untuk mempromosikan kebaikan buah mahkota dewa. Beliau turut memproses sendiri buah tersebut untuk dijadikan ubat.

Oleh itu kebersihan sangatlah terjamin dan diutamakan. Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya merupakan salah seorang pengunjung tetap yang datang ke Pusat Internet untuk belajar komputer . Antara modul yang diajar ialah Penggunaan Media Sosial dan Penggunaan Microsoft Office. Selepas mahir mengunakan Facebook sebagai medium komunikasi, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan melalui promosi di Facebook. Beliau memuat naik gambar dan maklumat jualan di Facebook bagi menarik minat pembeli.


Abah Family Corner, (AFC), Rembau

En Norhisham bin Saharuddin merupakan seorang anak jati Rembau yang mengusahakan Kedai Makan berkonsep Food Court di Rembau. Bermula dengan perniagaan Ais Kepal Milo Viral , beliau kemudiannya mengusahakan sebuah Kedai Makan. Kedai Makan ini mempunyai beberapa stall yang menyediakan pelbagai jenis makanan . Kedai makan yang diberi nama Abah Family Corner (AFC), diilhamkan daripada konsep perniagaan yang melibatkan ahli keluarga beliau. Selain itu, beliau turut membuka peluang kepada usahawan lain yang boleh menepati syarat - syarat yang ditetapkan untuk membuka stall di AFC. Abah Family Corner, Rembau merupakan salah satu tempat makan yang viral di Rembau.

Konsep kedai yang sangat menarik dan kepelbagaian makanan menarik pengunjung untuk datang ke Abah Family Corner (AFC). Harga yang ditawarkan juga sangat murah dan berpatutan. Kedai ini berkonsepkan Food Court dan layan diri. Antara makanan yang terdapat di AFC ialah Makanan Panas dan Goreng, Mi Besen, Nasi Ayam Penyet , Sizzling, Burger , Western Food , Lokching , Sata , Otak - otak , Sotong Kangkung, Sate , Tahu Bakar dan pelbagai lain jenis makanan yang sedap dan menarik. Menu wajib dan yang paling terkenal di AFC ialah Ais Kepal Milo dan Nasi Goreng Abah.

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet Kota, beliau terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet dan sukar mendapat bimbangan tentang penggunaan komputer. Perniagaan beliau juga hanya mendapat sambutan daripada penduduk di sekitar Rembau. Beliau telah memanfaatkan kewujudan Pusat Internet dengan menggunakan video yang dihasilkan oleh Staff PI untuk dijadikan bahan utama promosi. Video tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat dan komuniti luar.